” Semoga Dafi cepat kahwin ” – Wish Birthday Ayah, Netizen ‘usik’ Dafi Minta Bawa Balik Isteri

Perdana Menteri kesayangan ramai, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-62 semalam.

Susulan itu, kebanyakan media sosial ‘dihujani’ dengan pelbagai ucapan yang mendoakan kesejahteraan PM kesembilan itu.

Tidak terkecuali, anaknya Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri.

Menerusi satu posting terbaru, Dafi memuat naik gambar dia bersama ayahnya turut mengayakan baju Melayu lengkap bersampin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dafi Ismail Sabri (@dafiismailsabri)

“Selamat hari jadi papa, love you so much,” katanya sebagai kapsyen.

Menerusi ruang komen, kebanyakan netizen turut mengambil peluang untuk turut serta memberikan ucapan masing-masing.

Namun, dalam pada banyak ucapan yang diberi, ada juga netizen yang mengusik supaya Dafi mencarikan menantu untuk ayahnya.

Dafi pernah diusik oleh bapanya yang meminta supaya penyanyi itu ‘membawa pulang’ isteri.Usikan itu dibuat oleh  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sambutan ulang tahun Dafi, 14 Disember lalu menerusi satu posting di Instagram.

Walau bagaimanapun, Dafi menyatakan dia engg4n terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Malah, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia ini turut menyerahkan soal pencarian pasangan hidupnya kepada ibu bapanya.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "” Semoga Dafi cepat kahwin ” – Wish Birthday Ayah, Netizen ‘usik’ Dafi Minta Bawa Balik Isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*