“Anak Bini Kami Pun Nak Makan”- Penjaga Gol Kebangsaan, Kini Jadi Buru4n Pihak Bank

Majoriti anggota skuad Melaka United musim lalu kini menjadi bvruan bank selepas hampir tiga bulan tidak menerima sebarang gaji sejak Oktober tahun lalu.

Mungkin ia agak mengejutkan, namun itulah senario sebenar dalam kem Melaka United ketika ini apabila ramai pemain skuad yang mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu itu

diburu pihak bank ekoran kegagalan menjelaskan komitmen bulanan.

Antara mangsa penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat apabila perbualannya di laman sosial menjadi viral dengan beliau mengakui diburu pihak bank selepas tidak dibayar

gaji sejak beberapa bulan lalu.

“Ini pun sampai tiga bulan kita orang diam tau. Sebab nak jaga kan team. Tapi dah lama sangat kita orang pun ‘tension’ bank dok call hari-hari, anak bini nak makan,” tulisnya.

Situasi sama turut dikongsikan seorang lagi pemain Melaka United yang enggan dikenali kepada Arena Metro apabila mengesahkan situasi berkenaan.

Katanya, pengurusan kelab berjanji menyelesaikan tunggakan gaji pada awal Disember lalu, namun sehingga kini janji tinggal janji.

“Pengurusan kelab kata nak bayar pada awal Disember. Kami tunggu, tapi habuk pun tak ada. Lepas itu mereka janji lagi, kata nak masuk pertengahan bulan lepas, pun sama tak ada juga.

“Sehinggalah tahun baru dah masuk ini, sama juga gaji kami tetap tak masuk. Kami dah tak boleh sabar, kesian dekat keluarga kami yang perlu diberikan makan dan minum.

“Itu belum lagi kira bayaran komitmen rumah dan kereta…sekarang ini bank asyik call tanya bila nak bayar. Kami harap sangat pihak kelab segera selesaikan tunggakan kerana kami

perlukan gaji kami,” kata pemain itu.

Untuk rekod, skuad Hang Tuah yang dibimbing Zainal Abidin Hassan mengharungi kempen Liga Malaysia dengan cukup baik sepanjang musim lalu.

Kemuncaknya dalam saingan Piala Malaysia apabila Melaka United berjaya mara hingga ke separuh akhir Piala Malaysia pada Oktober lalu yang menyaksikan pasukan itu berjuang hingga ke

penentuan sepakan penalti sebelum tewas 3-5 di tangan Kuala Lumpur City FC.

BERHUBUNG ISU TUNGGAKAN GAJI PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC MUSIM 2021, KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC KINI SEDANG DALAM PROSES AKHIR PENSTRUKTURAN SEMULA DARI SEGI PENTADBIRAN DAN KEWANGAN.

PIHAK PENGURUSAN KELAB MEMBERI JAMINAN UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA TUNGGAKAN DALAM MASA TERDEKAT BAGI MEMASTIKAN PERANCANGAN MELAKA UNITED FC BAGI TAHUN 2022 BERJALAN LANCAR.

PIHAK PENGURUSAN MENGHARGAI KESABARAN DAN KERJASAMA DARIPADA PARA PEMAIN DAN PEGAWAI MELAKA UNITED FC.

SOKONGAN DARIPADA SEMUA PIHAK KHUSUSNYA PARA PENYOKONG AMAT KAMI HARGAI DAN SEMOGA 2022 MENJADI TAHUN YANG GEMILANG BUAT MELAKA UNITED FC.

PENGURUSAN KELAB BOLASEPAK MELAKA UNITED FC

 

Sumber: IG melakautdfc_offic

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://printlyrics.net/

Be the first to comment on "“Anak Bini Kami Pun Nak Makan”- Penjaga Gol Kebangsaan, Kini Jadi Buru4n Pihak Bank"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*