Penampilan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada malam Gegar Vaganza minggu kelapan mencuri perhatian pengguna media sosial.
Air Jordan harga RM11,919?
Patutla aku perati kasut Nabil kat #gegarvaganza2021 ni cantik semacam je. Rupanya harga dia RM11,919.85 (USD2833) 😱#jordanair1retro pic.twitter.com/Vy8vOB29f7
— Harman Harison 🇲🇾 (@HarmanHarison) January 9, 2022
Biarpun setiap minggu mengacara bersama Jihan Muse, kali ini kasut Nabil menjadi spotlight warganet. Kasut jenama Air Jordan 1 Retro Chicago 2015 itu digayakan bersama sut berwarna oren, semalam.
Tertarik dengan gaya tersebut, netizen lantas mencari harga kasut itu di pasaran. Berdasarkan ciapan di Twitter @HarmanHarison, dia menyatakan kasut itu dianggarkan berharga RM11,919.
Memang suka kumpul kasut
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata wargamaya akui turut sama memerhati kasut yang digayakan pemilik Ahmad Nabil Ahmad.
Malah, ada yang menyifatakan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memang gemar mengumpul koleksi kasut.
Sebelum ini, penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah menjadi bualan warganet selepas netizen gigih menggali harga jam tangan mewah dan tudung yang dipakai beliau.
Sumber: Twitter @HarmanHarison
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://ohbulan.com/
Be the first to comment on "Kasut Nabil Ahmad Curi Perhatian Warganet, Netizen Bongkar Harga Cecah RM11,919?"