Ramai S4kit Mata Tengok Baju Masya Masyitah- “Pelik-Pelik Pakaian Muslimah Sekarang”

Gara-gara pemakaian yang dianggap pelik dan tidak sesuai untuk imej seorang wanita bertudung, penyanyi Masya Masyitah menerima kecaman netizen di media sosial.

Pemakaian Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, menjadi perbualan selepas dia memuat naik foto mempromosikan lagu baharunya berjudul Simpanan di laman Instagram.

Rata-rata pengikut mempersoalkan mengenai pemakaiannya berbanding lagu terbaharu itu.

“Makin lama makin pelik fesyen dia ini.

“Makin popular baju makin seram tengok. Dulu suka tengok sopan saja.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

“Walaupun ada baju di dalam tetapi macam tidak sesuai baju merah jambu itu untuk wanita bertudung. Maaf Masya.

“Pelik-pelik pakaian muslimah sekarang,” antara komen netizen di Instagram.

 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Dalam pada itu, ada juga pengikut menyangka Masya sudah mendirikan rumah tangga dengan individu dalam gambar yang dikongsikan itu.

Bagaimanapun tinjauan mStar mendapati lelaki berkenaan merupakan pelakon iaitu Hon Kahoe yang sebelum ini pernah membintangi filem Talentime dan telefilem Senafas Rindu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 玛莎 Masya Masyitah (@masyitah_masya)

Dalam perkembangan lain, Masya baru sahaja muncul dengan single baharu berjudul Simpanan.

Lagu ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves itu mengetengahkan rentak pop rancak serta memiliki elemen muzik K-pop.

Pembikinan lagu tersebut diinspirasikan daripada kisah hidupnya yang sebelum ini pernah mempunyai pengalaman diduakan oleh kekasih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:  mStar Online

Be the first to comment on "Ramai S4kit Mata Tengok Baju Masya Masyitah- “Pelik-Pelik Pakaian Muslimah Sekarang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*