Hairul Azreen bercuti dengan keluarga.. “Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun..”

Nampaknya percutian keluarga bahagia, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri tumpuan peminat dan netizen lagi sehingga turut tular menjadi bualan di media sosial.

Hairul Azreen bagaimanapun diruangan Instagram selain memuat naik beberapa keping foto juga menyatakan bahawa ia merupakan perancangan saat akhir untuk keluarga dan cukup kagum dengan pemandangan di percutiannya ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Hanis Zalikha dan keluarga naik helikopter ke Banjaran Alps

Tetapi berbeza pula dengan percutian pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen yang dikatakan ‘another level’.

Sebelum ini mereka menaiki helikopter ke Pulau Redang serta pernah dipelawa oleh individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk menaiki kapal mewah miliknya.

Selain di Instagram, menerusi platform TikTok juga muat naik daripada pelakon filem popular ini turut menarik perhatian ribuan warganet yang juga kagum melihatkan pemandangan dikongsikan ketika bercuti bersama isteri, Hanis Zalikha dan dua cahaya mata mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

@hairul_azreen88

The very first time we flew out after 3 long years! Time for a family holiday and it’s gonna be snow much fun!

♬ original sound – Hairul Azreen

Orang ramai teruja tengok rezeki Hanis Zalikha dan Hairul Azreen

Di ruangan komen video berkenaan, ramai yang kagum dengan rezeki dimiliki oleh pasangan selebriti ini sehingga dapat menikmati percutian yang cukup mewah menaiki helikopter.

“Macam view Sultan Pemurah”

Setiap orang ada rezeki masing-masing. Tak dapat pergi sana, tengok video orang pun dah cukup seronok. Mana tahu nanti ada rezeki kita pula kan?

 

Sumber: HCL/TRP

Be the first to comment on "Hairul Azreen bercuti dengan keluarga.. “Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*