“Usia kandungan bakal masuk.. ” – Mira Filzah Umum Kini Berbadan Dua

Pelakon dan pengacara Mira Filzah mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.

Menerusi hantaran di Instagram, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar memaklumkan usia kandungan Mira bakal memasuki trimester ketiga.

“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far.

“Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

Dalam hantaran sama, Wan Emir turut merakamkan ucapan terima kasih atas doa yang dikirimkan oleh peminat dan kenalan mereka selama ini.

“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA,” tambahnya bersama tanda pagar #ArahManaSyurga.

Mira pada 9 Disember 2021 berjanji akan berkongsi khabar gembira mengenai keh4milannya sekiranya benar-benar sudah bersedia. Mira dan Wan Emir telah mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat juga turut tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah dan bingkisan doa buat pelakon itu.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Usia kandungan bakal masuk.. ” – Mira Filzah Umum Kini Berbadan Dua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*