“Adakah ini mimpi? ” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Datin Alyah Tak Percaya Dapat Bunga Daripada Tok Ram

Datuk Ramli MS atau lebih senang disapa Tok Ram sejak zaman Akademi Fantasia dulu mesti dah tahu kan dengan imej serious dan teg4s yang selalu ditampilkan olehya.

Sudah dietahui umum,  Tok Ram telah pun mendirikan rumah tangga dengan penyanyi tersohor, Datin Alyah. Kerana sifatnya yang jarang berkongsikan hal peribadi, perkahwinan keduanya ini dulu turut dirahsiakan .

Sejak akhir-akhir ini barulah Tok Ram dan Alyah ada tunjukkan serba sedikit tentang kehidupan peribadi mereka sebagai suami isteri di laman sosial.

Malah minggu lalu, Datin Alyah baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 dan memuat naik video mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang memberi ucapan dan menyambut hari kelahirannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Datin Alyah turut memberitahu yang dia tak menyangka dapat bunga dari suaminya sempena hari jadinya itu.

Tak cukup dengan itu, sebentar tadi Datin Alyah turut memuat naik video menunjukkan reaksi terkejutnya bila dia mendapat bunga tersebut.

“Adakah ini mimpi?”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

Datin Alyah sememangnya tidak menjangkakan akan hal itu. Mana tidaknya suaminya itu dikatakan berada berdekatann dengannya dan tidak memberi respon apa-apa malah kad ucapan juga tidak tertera apa-apa ucapan. Aduiii nak tunjuk romantik pun malu malu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur dengan gelagat Tok Ram yang disifatkan sebagai seorang lelaki ” dalam hati ada taman ” .

Komen netizen:

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Adakah ini mimpi? ” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Datin Alyah Tak Percaya Dapat Bunga Daripada Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*